Latar Belakang
Pada tahun 1986, En. P. Nadarajah mengambil alih jawatan Pengetua. Beliau merupakan Pengetua yang paling lama berkhidmat di sekolah ini iaitu lebih daripada 1 dekad. Dibawah pimpinan dinamik dan penuh berdedikasi beliau, sekolah ini mula mengalami buka sahaja pembangunan fizikal yang pesat dan kejayan-kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum. Beliau juga telah menaikkan semangat berkobar-kobar dan bangga akan sekolah ini dalam kalangan pelajar-pelajar Maxwell.
Pada tahun 1973, satu kawasan baru telah dipilih bagi tujuan membesarkan lagi sekolah ini. Kawasan yang dibangunkan ialah padang sekolah ( kini bangunan Hentian Bas Putra yang berhadapan dengan bangunan PWTC ). Terletak lebih kurang 150 meter dari bangunan asal di sebelah Jalan Tun Ismail. Di kawasan itu, terdapat 2 blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 10 buah bilik darjah dan makmal Sains. Padang sekolah telah dipagari dan sebuah kantin dibina untuk kemudahan pelajar. Bangunan yang terpisah ini dinamakan ''Blok Sains'' atau bangunan baru. Penolong Kanan , iaitu En. K.P. Nayar ditugaskan sebagai penyelia bagi para guru dan pelajar dibangunan baru itu. Pengetua pula terpaksa berulang alik di antara kedua-dua blok beberapa kali sehari. Di peringkat awal bangunan baru tidah mempunyai kipas tetapi Kolej Tunku Abdul Rahman mula menyewa kawasan yang sama di waktu tengah hari untuk kelas Pengajian Sijil Tinggi Persekolahan, pihak kolej telah memasang kipas dalam semua makmal, bilik darjah dan bilik guru. Kemudahan-kemudahan lain yang telah disediakan oleh En. P. Nadarajah menjadi Pengetua ialah pembinaan 2 gelanggang badminton dan sepak takraw serta 2 buah perpustakaan. Sebuah perpustakaan memberi perkhidmatan pinjaman buku dan terletak di bilik yang telah dijadikan pejabat Pengetua dan bilik Penolong Kanan. Perpustakaan yang satu lagi adalah khas untuk membuat rujukan yang terletak di bilik pejabat Pengetua dan bilik Penolong Kanan. Perpustakaan yang satu lagi adalah khas untuk membuat rujukan yang terletak di bilik komputer pada masa kini. Di samping itu, terdapat lebih daripada 20 kelab dan persatuan.
Antara tahun 1979 sehingga akhir tahun 1988, pentadbiran sekolah diteruskan oleh En. Victor Wong Foo. Dalam tempoh perkhidmatan beliau, terdapat beberapa perubahan yang penting berlaku. Antaranya ialah mengenai permulaan kelas-kelas Tingkatan 6 Bawah jurusan Sains dan Sastera yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan pada tahun 1979 di blok baru. Mulai tahun 1980, buat pertama kalinya sekolah ini melahirkan calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell memiliki 9 hektar sejak 50 tahun kebelakangan ini telah menarik perhatian pihak DBKL. Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell terpaksa mengorbankan padang sekolah dan 10 bilik darjah kerana pihak DBKL ingin membina sebuah banguanan bertingkat-tingkat tempat letak kereta ( kini Hentian Bas Putra ). Sebagai ganti rugi, sebuah blok 4 tingkat ( Blok C ) yang mengandungi 17 bilik darjah, 3 makmal Sains dan sebuah kantin telah dibina di kaki Bukit Maxwell di belakang bangunan asal. Projek ini telah siap dibina dalam jangka masa 6 bulan dan pada 15 Julai 1982, kelas-kelas Tingkatan 6 Atas dipindahkan ke bangunan baru. Bangunan baru telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, iaitu Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud pada 7 Mei 1983.